Wednesday, 9 January 2008

DOA AWAL TAHUN HIJRIYAH



About half four this evening I received a text message from Kak Intan reminding me to not forget to recite doa that symbolise the ending and starting of Muslim year. I could still remember how my dad made all four of us, both of my brothers, my sister and me, went to mosque to recite this doa back home. The meaning of this doa really touched my heart and it always reminds me to make a really good new year wishes and try to accomplish them. Let us have a really good look at the meaning of this meaningful doa…

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi Allah Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekal, qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi Maha Tinggi.

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka”

Ameen...

No comments: